Sunday 26 June 2011

NAK JAWAP ROZAID A RAHMAN

Dalam ruang Detik & Masa yang ditulis oleh saudara Rozaid A Rahman dalam akhbar 'The Star' hari ini, belaiu meletakkan dirinya sebagai seorang yang amat tahu tentang prosidur tender kerajaaan kerana telah bekerja selama enam tahun di sektor awam.  Itu pengakuan yang amat angkuh.

Beliau hanya bekerja selama enam tahun.  Ada pegawai kanan dan tinggi kerajaan yang telah bekerja lebih dari tiga puluh tahun.  Mereka menjadi saksi kepada banyak perkara di dalam urusan pentadbiran jabatan kerajaan.

Jadi, saya nak ikut komen juga.  Komen saya berasaskan apa yang saya pernah dengar dari mereka-mereka yang berkenaan ini.

Pada dasarnya, apa yang dia katakan itu adalah benar.  Tetapi di dalam urusan harian kementerian, termasuk Kementerian Kewangan ada banyak campur tangan pemimpin politik.

Hanya orang dalam yang benar-benar terlibat secara langsung tahu bagaimana sukarnya bagi pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas mengikut prosidur yang ditetapkan.  Kebanyakan mereka amat tertekan.

Ada beberapa kerat yang berkeras dan mengambil langkah berani dengan mengikut prosidur.  Tetapi mereka tidak naik atau amat sukar untuk naik pangkat ke peringkat lebih atas.

Hakikatnya, banyak perkara dilakukan tidak mengikut prosidur.  Syarikat yang tidak mampu mendapat habuan; banyak masaalah berlaku kerana syarikat yang mendapat tender tidak berkelayakan.

Bolehkah hakikat yang berlaku itu dibuktikan?  Tentu dapat jika tidak ada akta yang digunakan untuk menjadi perisai disebalik semua salah laku itu!

Saturday 11 June 2011

SESAWANG MULA BERSAWANG

Orang cuti sekolah, aku pun ikut cuti juga la.  Bukan pergi mana pun, sekadar lepak-lepak bersama famili saja.  Apa nak buat suami ada kursus pula!

Kiranya kami anak beranak menghabiskan masa kualiti bersama.  Makan-makan dan jalan-jalan ke kompleks membeli-belah.  Tapi hampir kesemuanya dengan anak-anak saja.

Leka-leka aku hanya masuk sekejap-sekejap saja ke Maya.  Sampaikan sesawang jadi bersawang!