Sunday 21 July 2013

ARINI BUKA SESAWANG!


Lamanyer tak buka sesawang ni.  Seram pula rasanyer!

Tiba-tiba saja teringat pula arini.  Jadi alang-alang tu cuci la sikit.

Sambil-sambil tu boleh la mengucapkan kepada sesiapa yang sudi singgah tu.  Ya tak?

*** SELAMAT BERPUASA ***
 
Semoga kita dapat meningkatkan amalan dan ibadah ke tahap yang jauh lebih baik dari sebelumnya.  Insyaallah.

Saturday 26 November 2011

MAAL HIJRAH

*SELAMAT TAHUN BARU 1433H*

Sunday 6 November 2011

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA*
MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tuesday 25 October 2011

MENGKUDU BAHAN PENAWAR

Sebenarnya petua ini saya dapat dari Kak G semasa bertanyakan beliau melalui email tidak berapa lama dulu.  Selepas memberi petua ini, blognya terus hilang.  Sebagai penghormatan untuk beliau saya teruja berkongsi ilmunya di sini.

Mengkudu besar digunakan dalam banyak perubatan tradisional kita.  Orang Melayu kita terutamanya menanam mengkudu sebagai ubatan.

Sebahagian Pokok Mengkudu

Hampir semua bahagian pokok mengkudu boleh menjadi penawar.  Daun muda biasanya dimakan sebagai ulam dan juga dalam masakan seperti nasi ulam dan botok-botok.

Buah yang masak ranum dimakan untuk melancarkan perjalanan haid dan juga sebagai ubat kencing manis.  Jus buahnya diminum sebagai ubat penawar sengugut dan sakit otot, sakit semasa buang air kecil dan juga air besar.

Mengkudu juga boleh dijadikan bahan kecantikan juga, terutamanya untuk melembutkan kulit.  Perah air buahnya dan sapukan pada seluruh muka leher dan tangan.

Air rebusan kulit kayu mengkudu adalah baik untuk meredakan semua jenis demam.  Kulit kayu juga adalah baik untuk mengatasi masalah kulit seperti kudis, luka-luka dan ulser.

Sementara itu daunnya ada beberapa khasiat lain.  Ada orang menggunakannya untuk melegakan rasa sakit-sakit urat, angin dan bisa badan.  Caranya adalah seperti bertungku semasa bersalin.  Atau boleh juga buat pes dan disapukan pada sendi-sendi.  Kata kak G, neneknya juga sapukan pes di kepala jika sakitnya bisa berdenyut-denyut.

Ada juga orang menggunakan air rebusan daun sebagai ubat untuk mengatasi masaalah cirit-birit, muntah dan juga sawan.  Akar, daun dan buah pula digunakan untuk membunuh cacing dalam perut.

Thursday 13 October 2011

HASIL SAHAM ASN, ASB

Sudah banyak kali saya dengar soalan bersabit dengan hasil saham ASN dan ASB untuk tujuan ibadah.  Sekarang apabila umat akan pergi menunaikan ibadah Haji, soalan ini timbul lagi berkali-kali.

Apa yang lebih pelik lagi ialah bilamana ada para ustaz atau orang yang lebih arif agama memberi jawapan yang masih tidak jelas kepada soalan ini.  Selalu sangat mereka menjawap, '... lebih baik pastikan sumber kewangan untuk tujuan Haji dan ibadah ini kita yakin dengan jelas ianya halal!'

Memang ada ulama sudah menyatakan dengan secara terang di masjid dan surau bahawa sumber ini adalah haram.  Malah sudah fatwa mengenainya.  Tetapi fatwa itu tidak pernah disibarkan.

Pening juga kita dibuatnya!  Bagi yang pernah dengar ceramah dan kuliah ulama yang berani mengatakan dengan terang tu pun, ada juga yang tak percaya.  Ini kerana semua urusan saham-saham ini berterusan dilakukan oleh pihak yang berwajip.

Thursday 15 September 2011

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA

Pada hari ini kita sambung cuti Raya lagi la. Ini adalah bersempena dengan Hari Malaysia pula.

****************  ஜஜஜ *****************
*SELAMAT*
*HARI MALAYSIA*
****************  ஜஜஜ *****************