Saturday 26 November 2011

MAAL HIJRAH

*SELAMAT TAHUN BARU 1433H*

Sunday 6 November 2011

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA*
MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tuesday 25 October 2011

MENGKUDU BAHAN PENAWAR

Sebenarnya petua ini saya dapat dari Kak G semasa bertanyakan beliau melalui email tidak berapa lama dulu.  Selepas memberi petua ini, blognya terus hilang.  Sebagai penghormatan untuk beliau saya teruja berkongsi ilmunya di sini.

Mengkudu besar digunakan dalam banyak perubatan tradisional kita.  Orang Melayu kita terutamanya menanam mengkudu sebagai ubatan.

Sebahagian Pokok Mengkudu

Hampir semua bahagian pokok mengkudu boleh menjadi penawar.  Daun muda biasanya dimakan sebagai ulam dan juga dalam masakan seperti nasi ulam dan botok-botok.

Buah yang masak ranum dimakan untuk melancarkan perjalanan haid dan juga sebagai ubat kencing manis.  Jus buahnya diminum sebagai ubat penawar sengugut dan sakit otot, sakit semasa buang air kecil dan juga air besar.

Mengkudu juga boleh dijadikan bahan kecantikan juga, terutamanya untuk melembutkan kulit.  Perah air buahnya dan sapukan pada seluruh muka leher dan tangan.

Air rebusan kulit kayu mengkudu adalah baik untuk meredakan semua jenis demam.  Kulit kayu juga adalah baik untuk mengatasi masalah kulit seperti kudis, luka-luka dan ulser.

Sementara itu daunnya ada beberapa khasiat lain.  Ada orang menggunakannya untuk melegakan rasa sakit-sakit urat, angin dan bisa badan.  Caranya adalah seperti bertungku semasa bersalin.  Atau boleh juga buat pes dan disapukan pada sendi-sendi.  Kata kak G, neneknya juga sapukan pes di kepala jika sakitnya bisa berdenyut-denyut.

Ada juga orang menggunakan air rebusan daun sebagai ubat untuk mengatasi masaalah cirit-birit, muntah dan juga sawan.  Akar, daun dan buah pula digunakan untuk membunuh cacing dalam perut.

Thursday 13 October 2011

HASIL SAHAM ASN, ASB

Sudah banyak kali saya dengar soalan bersabit dengan hasil saham ASN dan ASB untuk tujuan ibadah.  Sekarang apabila umat akan pergi menunaikan ibadah Haji, soalan ini timbul lagi berkali-kali.

Apa yang lebih pelik lagi ialah bilamana ada para ustaz atau orang yang lebih arif agama memberi jawapan yang masih tidak jelas kepada soalan ini.  Selalu sangat mereka menjawap, '... lebih baik pastikan sumber kewangan untuk tujuan Haji dan ibadah ini kita yakin dengan jelas ianya halal!'

Memang ada ulama sudah menyatakan dengan secara terang di masjid dan surau bahawa sumber ini adalah haram.  Malah sudah fatwa mengenainya.  Tetapi fatwa itu tidak pernah disibarkan.

Pening juga kita dibuatnya!  Bagi yang pernah dengar ceramah dan kuliah ulama yang berani mengatakan dengan terang tu pun, ada juga yang tak percaya.  Ini kerana semua urusan saham-saham ini berterusan dilakukan oleh pihak yang berwajip.

Thursday 15 September 2011

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA

Pada hari ini kita sambung cuti Raya lagi la. Ini adalah bersempena dengan Hari Malaysia pula.

****************  ஜஜஜ *****************
*SELAMAT*
*HARI MALAYSIA*
****************  ஜஜஜ *****************

Wednesday 31 August 2011


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*
MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜஜஜஜஜஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Friday 5 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita sama-sama maksimakan ibadah sebaik terdaya.  Sementara peluang masih ada, eloklah tidak disia-siakan.

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT TINGGIKAN KEIMANAN

Friday 22 July 2011

WANITA MALAYSIA DI TANGGA KE 16

Wanita Malaysia berada di tangga ke 16 seluruh dunia bagi sampel yang dibuat.  Aku terfikir saja, sejauh mana kita boleh percayai keputusan kaji selidik yang dibuat tentang wanita yang stres sedunia itu.

Tapi sebenarnya, samaada wanita Malaysia berada di tangga ke 16 atau 60, perkara pokok ialah wanita memang sering stres.  Terlalu banyak tanggung-jawap yang dibebani, terutamanya bagi wanita berkerjaya.

Tak cukup dengan tanggung-jawap sebagai isteri dan ibu, kerja pejabat atau tentang kerjaya biasanya begitu 'demanding' bagi wanita berkerjaya.  Bagi mereka yang mendapat suami yang faham dan penyayang, tekanan hanya dengan masaalah anak-anak dan kerjaya.

Saturday 9 July 2011

TANGKAP BERSIH

Mengikut saudara yang tinggal di Kampung Baru, keadaan agak tegang.  Jalan disekat menggunakan dawai berduri.

Dengar kabar penangkapan sudah juga dibuat.  Ratusan jumlahnya.

Entah la ya!  Apa nak jadi?

Sunday 26 June 2011

NAK JAWAP ROZAID A RAHMAN

Dalam ruang Detik & Masa yang ditulis oleh saudara Rozaid A Rahman dalam akhbar 'The Star' hari ini, belaiu meletakkan dirinya sebagai seorang yang amat tahu tentang prosidur tender kerajaaan kerana telah bekerja selama enam tahun di sektor awam.  Itu pengakuan yang amat angkuh.

Beliau hanya bekerja selama enam tahun.  Ada pegawai kanan dan tinggi kerajaan yang telah bekerja lebih dari tiga puluh tahun.  Mereka menjadi saksi kepada banyak perkara di dalam urusan pentadbiran jabatan kerajaan.

Jadi, saya nak ikut komen juga.  Komen saya berasaskan apa yang saya pernah dengar dari mereka-mereka yang berkenaan ini.

Pada dasarnya, apa yang dia katakan itu adalah benar.  Tetapi di dalam urusan harian kementerian, termasuk Kementerian Kewangan ada banyak campur tangan pemimpin politik.

Hanya orang dalam yang benar-benar terlibat secara langsung tahu bagaimana sukarnya bagi pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas mengikut prosidur yang ditetapkan.  Kebanyakan mereka amat tertekan.

Ada beberapa kerat yang berkeras dan mengambil langkah berani dengan mengikut prosidur.  Tetapi mereka tidak naik atau amat sukar untuk naik pangkat ke peringkat lebih atas.

Hakikatnya, banyak perkara dilakukan tidak mengikut prosidur.  Syarikat yang tidak mampu mendapat habuan; banyak masaalah berlaku kerana syarikat yang mendapat tender tidak berkelayakan.

Bolehkah hakikat yang berlaku itu dibuktikan?  Tentu dapat jika tidak ada akta yang digunakan untuk menjadi perisai disebalik semua salah laku itu!

Saturday 11 June 2011

SESAWANG MULA BERSAWANG

Orang cuti sekolah, aku pun ikut cuti juga la.  Bukan pergi mana pun, sekadar lepak-lepak bersama famili saja.  Apa nak buat suami ada kursus pula!

Kiranya kami anak beranak menghabiskan masa kualiti bersama.  Makan-makan dan jalan-jalan ke kompleks membeli-belah.  Tapi hampir kesemuanya dengan anak-anak saja.

Leka-leka aku hanya masuk sekejap-sekejap saja ke Maya.  Sampaikan sesawang jadi bersawang!

Saturday 14 May 2011

TERPUKUL

Baru saja nak berjinak-jinak jadi blogger, dah ada major problem dengan Blogger.  Puas mencari sebab.  Rupanya provider ada major problem.

Tak ke terpukul jadinya?  Meraba-raba mencari jawapan.  Tanya dengan geng pun tak dapat jawapan.

Katanya jadi blogger boleh bantu menghilangkan stress.  Apa yang berlaku tu menambahkan stress!  Aduh!!!

Harap-harap, hari ini semua kembali normal.

Sunday 8 May 2011

I AM A BLOGGER

I have just registered myself as a blogger.  Apparently I am influenced by my friends to do so.  They say it is a good alternative to relieve stress.

Time will tell.  :)