Tuesday 25 October 2011

MENGKUDU BAHAN PENAWAR

Sebenarnya petua ini saya dapat dari Kak G semasa bertanyakan beliau melalui email tidak berapa lama dulu.  Selepas memberi petua ini, blognya terus hilang.  Sebagai penghormatan untuk beliau saya teruja berkongsi ilmunya di sini.

Mengkudu besar digunakan dalam banyak perubatan tradisional kita.  Orang Melayu kita terutamanya menanam mengkudu sebagai ubatan.

Sebahagian Pokok Mengkudu

Hampir semua bahagian pokok mengkudu boleh menjadi penawar.  Daun muda biasanya dimakan sebagai ulam dan juga dalam masakan seperti nasi ulam dan botok-botok.

Buah yang masak ranum dimakan untuk melancarkan perjalanan haid dan juga sebagai ubat kencing manis.  Jus buahnya diminum sebagai ubat penawar sengugut dan sakit otot, sakit semasa buang air kecil dan juga air besar.

Mengkudu juga boleh dijadikan bahan kecantikan juga, terutamanya untuk melembutkan kulit.  Perah air buahnya dan sapukan pada seluruh muka leher dan tangan.

Air rebusan kulit kayu mengkudu adalah baik untuk meredakan semua jenis demam.  Kulit kayu juga adalah baik untuk mengatasi masalah kulit seperti kudis, luka-luka dan ulser.

Sementara itu daunnya ada beberapa khasiat lain.  Ada orang menggunakannya untuk melegakan rasa sakit-sakit urat, angin dan bisa badan.  Caranya adalah seperti bertungku semasa bersalin.  Atau boleh juga buat pes dan disapukan pada sendi-sendi.  Kata kak G, neneknya juga sapukan pes di kepala jika sakitnya bisa berdenyut-denyut.

Ada juga orang menggunakan air rebusan daun sebagai ubat untuk mengatasi masaalah cirit-birit, muntah dan juga sawan.  Akar, daun dan buah pula digunakan untuk membunuh cacing dalam perut.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nur.
    Tqvm kerana berkongsi. Dari petua seorang yang amat dihormati budi & ilmunya pula! Bole beri email kak G? Tq sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Nursha.
    Alhamdulillah.
    Elok sekali dipanjangkan ilmu yang baik.
    Sama2lah kita manfaatkan.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nur.
    Yang baik memang tetap baik. Kita amat hargai!
    Beliau la layak menjadi idola. Yakin kak G terus dalam usahanya menyedarkan Umah!

    ReplyDelete
  5. Salam Nur.
    So ni petua kak G la?
    Rindu padanya! Huhu!

    ReplyDelete
  6. Salam Nursha.
    Alhamdulillah. Kak G mewariskan ilmu & pengalaman berharga. Di mana pun beliau, kita doakan saja yang terbaik untuknya. Semoga berbahagia. Amin.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nur.
    Ilmu memang untuk dipanjangkan, kata kak G! Alhamdulillah. Sama2lah kita manfaatkan.

    ReplyDelete
  8. Salam Nursha.
    Saya pun ikut jadi rindu! :(

    ReplyDelete
  9. Salam Nur.
    Nak ambil petua ni ya.
    Tqvm.

    ReplyDelete
  10. Salam semua.
    Tqvm kerana berkunjung.
    Saya juga sudah membalas kunjungan.

    ReplyDelete
  11. Salam Nur.
    I rindu laa!!! :(

    ReplyDelete