Thursday 13 October 2011

HASIL SAHAM ASN, ASB

Sudah banyak kali saya dengar soalan bersabit dengan hasil saham ASN dan ASB untuk tujuan ibadah.  Sekarang apabila umat akan pergi menunaikan ibadah Haji, soalan ini timbul lagi berkali-kali.

Apa yang lebih pelik lagi ialah bilamana ada para ustaz atau orang yang lebih arif agama memberi jawapan yang masih tidak jelas kepada soalan ini.  Selalu sangat mereka menjawap, '... lebih baik pastikan sumber kewangan untuk tujuan Haji dan ibadah ini kita yakin dengan jelas ianya halal!'

Memang ada ulama sudah menyatakan dengan secara terang di masjid dan surau bahawa sumber ini adalah haram.  Malah sudah fatwa mengenainya.  Tetapi fatwa itu tidak pernah disibarkan.

Pening juga kita dibuatnya!  Bagi yang pernah dengar ceramah dan kuliah ulama yang berani mengatakan dengan terang tu pun, ada juga yang tak percaya.  Ini kerana semua urusan saham-saham ini berterusan dilakukan oleh pihak yang berwajip.

8 comments:

  1. Salam Nursha.
    Ya la! Mengelirukan.
    Tapi untuk rasa lebih selesa, saya hanya guna hasil saham untuk belanja-belanja lain2 yang bukan khusus ibadah seperti untuk pergi bercuti & jalan2.

    ReplyDelete
  2. Salam Nursha.
    Ikut yang terbaik.
    Maksudnya jangan guna duit asn & asb untuk tujuan haji & amal ibadah.

    ReplyDelete
  3. Salam Nursha.
    Hamba setuju.
    Maksudnya, jangan guna sumber tu la!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nur.
    Sebenarnya ramai orang ragu tentang halalnya. Bila ada keraguan, jangan buat la!

    ReplyDelete
  5. Salam Nursha.
    Mesti yakin dengan punca rezekinya!

    ReplyDelete
  6. Salam Nursha.
    Isu sensitif! Tapi antara hukum Tuhan & hukum manusia, jelas mana yang Agung & Afdhal!

    ReplyDelete
  7. Salam Nursha.
    Sebenarnya, seorang Muslim tahu.

    ReplyDelete
  8. Salam semua.
    Terima kasih bbyk ya. Kita pun dah ziarah balas.

    ReplyDelete